You are here
Home > Cover Story >

Antoni Yap – Cover Story Isu 22

Antoni Yap
Antoni Yap: Memberikan Nyawa kepada Lukisan
Cover Isu 22 Majalah VIP: Antoni Yap
Cover Isu 22 Majalah VIP

Bagi isu Very Important Pet ini, dengan bangganya kami menjemput Encik Antoni Yap menyertai keluarga Duta Animal Food Bank. Beliau seorang artis komik yang gemar melancong dan menerokai adat dan budaya tempat dilawati. Gaya beliau yang menggabungkan lukisan dengan lokasi-lokasi yang menarik perhatian beliau adalah amat unik dan mengagumkan.

Kisah beliau menjadi seorang artis bermula apabila beliau mula menghantar karya lukisan dengan inspirasi idolanya sejak sekolah menengah. Komik beliau berjaya diterbitkan di China Press selama hampir 5 tahun.

Komik Meow Mi yang terdapat di Majalah VIP dicipta daripada galakan kawannya yang amat menyayangi haiwan peliharaan. Beliau mempunyai hati yang lembut dengan haiwan peliharaan terutamanya haiwan terbiar dan menjadi dorongan utama beliau menyumbang tenaga kepada Animal Food Bank.

Leave a Reply

Top