You are here
Home > Author : admin

Proud International Cat Show 2019

Proud International Cat Show 2019

Proud International Cat Show 2019 Proud International Cat Show 2019 Geng VIP baru sahaja kembali daripada Proud International Cat Show 2019 yang meriah sekali. Pertandingan kucing bertaraf antarabangsa ini dianjur oleh Proud Cat Food dengan sokongan Kelab Kucing Malaysia di MesaMall, Negeri Sembilan pada 27 dan 28 Julai 2019. Pertandingan kucing yang merupakan fokus hari tersebut mendapat sambutan hangat oleh orang ramai. Aktiviti-aktiviti menarik lain seperti pemberian sampel percuma, cabutan bertuah dan sebagainya yang diadakan oleh pihak penganjur turut menarik orang ramai menyertai acara ini dengan seisi keluarga. Proud International Cat Show 2019 yang dihakimi oleh hakim dari negara Italy dan Poland bertandingkan 100 kucing berpelbagai baka termasuk baka-baka ternama dan juga baka-baka domestik. Acara yang meriah ini semestinya dapat menanamkan kenangan yang indah

Antoni Yap – Cover Story Isu 22

Antoni Yap

Antoni Yap: Memberikan Nyawa kepada Lukisan Cover Isu 22 Majalah VIP Bagi isu Very Important Pet ini, dengan bangganya kami menjemput Encik Antoni Yap menyertai keluarga Duta Animal Food Bank. Beliau seorang artis komik yang gemar melancong dan menerokai adat dan budaya tempat dilawati. Gaya beliau yang menggabungkan lukisan dengan lokasi-lokasi yang menarik perhatian beliau adalah amat unik dan mengagumkan. Kisah beliau menjadi seorang artis bermula apabila beliau mula menghantar karya lukisan dengan inspirasi idolanya sejak sekolah menengah. Komik beliau berjaya diterbitkan di China Press selama hampir 5 tahun. Komik Meow Mi yang terdapat di Majalah VIP dicipta daripada galakan kawannya yang amat menyayangi haiwan peliharaan. Beliau mempunyai hati yang lembut dengan haiwan peliharaan terutamanya haiwan terbiar dan menjadi dorongan utama beliau menyumbang tenaga

Top